Tuesday, December 22, 2009
Diri
Aku bosan hidup begini ,
semua penuh dengan arahan yang diberi ,
jikaku melawan akan dimaki ,
jadi aku ikuti ,
dengan rela hati ,
membuat segala kerja yang diberi ,
kadang-kadang ku sakit hati ,
lalu bercakap sendiri ,
mengapa mereka begini ,
ingin saja ku marahi ,
ingin saja ku caci ,
tapi aku hormati ,
dengan keputusan sendiri ,
aku hormati ,
mereka yang kucintai ,
kerana mereka sahaja yang aku ada di dunia ini ,
mereka sahaja ,
aku tulis dari hati ,
untuk kaurang rakan sejati ,
aku tak cuba untuk mencuri hati ,
aku hanya ingin meluahkan hati ,
kerana ini lebih membuatkanku lebih mengenali ,
tentang diri sendiri ,
aku ingat lagi mama menasihati ,
supaya berhati ,
memilih kawan sejati ,
agar tidak memakan diri ,
aku pegang janji ,
aku tekad pada diri ,
yang aku akan berhati-hati ,
aku hanya ikut pada naluri ,
biar ia mengawal diri ,
tapi tidak terlalu tinggi ,
nanti tersalah lagi ,
tabahkan hati ,
cekalkan diri ,
ketawakan hati ,
kerana kau akan tahu nanti .
Muhammad Haiqal Bin Mohamad Taj


0 comments:
Post a Comment