Monday, November 30, 2009

Lonely Soldier Boy
Kadang-kadang aku terasa jugak betapa sunyinya hidup aku. Tapi macam mana aku nak buat. Dah tentuan ilahi. Aku suma inginkan teman yang boleh gembirakan aku. Itu saja. Tidak lebih kdari itu. Aku hanya menunggu. Tapi berapa lama? Haha. Sabar sajalah. Mungkin satu hari nanti aku akan jumpa. Tapi aku kena berusaha jugak. Berusaha je tak guna. Entah kenapa aku terpikirkan begini. Mungkin ikutan kata hati. Atau pun lain. HAHA so Selamat Malam semua. Semoga hidup korang indah belaka.
Aku suka berjalan di hadapan
Walaupun aku tidak tahu jalan
Aku suka menimba pengalaman
agar dapat digunakan di masa hadapan
Indah pandangan hanyalah gambaran
Indah perkataan hanyalah percakapan
Haruslah kita bersepakatan
Agar dapat dunia dimajukan
Mata aku sudah terkelip-kelip
and it's time to sleep
bye

Read more...

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya


Kesian sama itu lembu,kerbau dan unta sebab esok kita menyambut HARI RAYA KORBAN. Selamat Hari Raya weh.


okay , sebenarnya aku dah lama tak update sebab malas. Tapi budak tu suruh aku update terpaksa lahh. Hahaha. Cuti sekolah ni aku lepak di seremban sampai 16 dec hrbulan. sebab aku nak perform main untuk prom night KGV nanti. Heboh sial. Hahaha. So kalau nak kumpa aku dtg lahh seremban. Malas aku balik KL. Sebab acap porno ada kt sini. Hahaha. Dia baby girl aqil. Wekk,sial dorang gay doe. Petang2 aku lepak ngan dia. Kt Padang Nuri. Kitorang duduk lepak jehh sambil berasap tanpa rasa takut dan malu sebab situ kawasan bebas merokok dan budak2 paroi semua okey. Hahaha. So aku tak nak merepek lagi. buat sakit hati jea. Hahaha.


Ini gambar Acap porno babi.


Dia bajet nak jadi Nick Jonas. Hahaha.
P/s : Dude , checklah blog ni. luckytobetheheroine.tumblr.com. Haha

Read more...

Saturday, October 31, 2009








Mari pergi. HAHA





Read more...

Thursday, October 15, 2009



MERDEKA
.Enjoy yourself but don't too rough dear.

Read more...

cancer or poser by ADAM

Friday, September 18, 2009

pengaplikasian tajuk ini bagi menerangi subject akue bukanlah suka-suki untok akue tonjolkan kat orang-orang luar sana tetapi berdasarkan idea yang dianggarkan bernas untuk akue memberi pandangan dan kritikan terhadap gologan yang boleh dikitakan kolot serta tandus teramat bangat mempromosi ideologi diorang yang agak langsi dan kurang bijak untuk diterima masyarakat umum,khusus golongan sasterawan serta golongan yang otaknya yang berfungsi dengan waras.ilham untuk menulis blog niy tetibe muncul ketika menyedari golongan poser sekarang semakin meruncing,memeningkan kepale dan menjadi-jadi bak kata karam singh walia di siaran tv3.walau bagaimanapun,jarang dapat kite lihat malah haram bagi media massa ini menyentuh tentang isu poser jalanan murahan yang mencapap tak tentu mase berbanding cerite2 panas agenda politik BN yang akue lihat makin tak tentu hala.oleh itu adalah berbesar hati untuk akue menulis tentang golongan poyo ini sebagai menunjukan sikap penyayang kepada mereka untuk tidak teros menjahanamkan maruah diri dan menjana semangat 1 malaysia yang dianjurkan atau lebih baik dipanggil..dibawa.. oleh najib botak yang beristerikan rosmah.bagi kesempatan yang sedikit ini akue ingin menyatakan harapan hati untuk menyeru golongan2 lemah iman ini untuk kembali kepada jalan yang benar setelah menonjolkan diri mereka agar kelihatan segah dan hot di khalayak ramai serta beranggapan mereka akan disukai dengan cara yang sedemikian rupa tanpa mereka sedari bahwa mereka sering dicemuh di belakang tabir oleh golongan yang lebih berfikiran terbuka dan berpenampilan sempoi;D.namun aku mengetahui bahwa golongan-golongan ini takkan membuang masa nak bukak blog akue dan meneliti serta membaca ruangan sempit niy satu persatu.tapi akue sadar bahwa golongan yang mengambil berat akan menyebarkannya setidak-tidaknya kan?tapi akue juga sadar bahwa golongan yang ingin merubah diri mereka akan berubah juga tanpa perlu ditengking dan diherdik serta dipukulbagai anjing yang berbuat salah kepada tuannya.dalam bahasa kiasan yang digunkan ini terdapat satu perasan geli serta jijik terhadap golongan-golongan berfikiran sempit ni yang telah lame dipendam dan cube diterangkan dan disebarkan melalui bullletin,status malah profile seseorang itu sendiri berbentuk penghinaan seperti"GET OFF POSER"atau"POSER JANGAN ADD AKUE"dan"AKUE POSER"bhahaha.namun tidakkah kalian mengetahui bahwa golongan ini memang muke tembok serta tidak mengiraukan setiap patah perkataan yang kita suarakan malah memperhebatkan diri mereka dengan lebih memperhebat diri mereka dengan mengambil gambar sendiri,post bulletin yang bukan2,status yang tidak boleh diterima akal dan perkara2 wajib yang perlukan dilakukan angkatan poser malaysia untuk mempromosi diri mereka.sehinggalah pada satu hari yang akue beranggapan bahawa masalah ini sudah menjadi kritikal adalah ketika akue mengusha satu pagi budak pompuan niy yang mengambil gambar dengan berus gigi ala brand colgate dan darlie.dan ape yang menyedihkan ialah die melayu.masalah yang akue beranggapan lebih terok dari gejala rempit dan menghisap candu atau dadah ini memang sukar dibendung malah makin mejadi2.tidakkah kita fikirkan kesannye kepade anak cucu kita yang suatu hari nanti akan berkahwin dan beranak pinak dengan golongan2 ini yang sememangnya dipercayai SIRIM tidak boleh membimbing keluarga menjadi bahagia tetapi memporak perandakan institusi keluarga serta herarki itu sendiri.haih. aku taw BM akue terok dan tue sebabnye akue dapat fail tok semester satu tapi kesediaan kalian untuk membaca ruangan sempit yang ditulis oleh manusia ciptaan tuhan yang tidak mahu bangsa dan negara terus dibelenggu oleh masalah mencapap ini telah cukup untuk mengharukan akue;D.comment dialu-alukan untuk mengkritik perkataan,idea serta bersutuju dengan pandangan akue dan berfikiran positif dalam membendung gejala poser ini.tidak lupa juga mereka yang ingin menjadi guru bahasa yang tidak berbayar ingin menegur kesalahan nahu tatabahasa atau ketandusan dan kekurangmantapan isi;D.terima kasih

Read more...

Gurindam

Wednesday, August 26, 2009


"Gurindam"


Biarkan dia ,
Pergi begitu sahaja ,
agar dia bahagia ,
tanpa aku di dunianya.

Bukan ini pilihan aku ,
bukan ini pilihan kamu ,
tak guna untuk memaksaku ,
kerana aku sudah tiada hati dengan mu.

Doakan aku tabah ,
doakan aku sabar ,
agar aku teguh menhadapinya ,
jika benar kau rakan setia.

Aku sudah hilang semuanya ,
tidak mahu mengejar semula ,
cita-cita dan rakan setia ,
bersatu sebagai tunjang utama.

Adakah aku sedih ,
adakah aku kecewa ,
dengan sikapnya ,
seperti kebudak-budakan sahaja.

Tak guna memakai kopiah ,
kalau selalu mengucap perkara lucah ,
tak guna berlagak alim ,
kalau otak selalu ke lain ,

Harapan mereka ingin memimpin negara ,
kawasan sendiri pun tidak terjaga ,
adakah ini perangai mereka ,
melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.

Gurindam ini dari hati ,
diluahkan dengan sendiri ,
gurindam ini bukan untuk mengkeji ,
agar dapat jadi pedoman diri.



Read more...

Berpuasa

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa Rakan-Rakan
Hari Pertama
Best. Pergi tuiyen pada pukul 12.00 p.m. Bertolak ke ke Seremban pada pukul 4.00 p.m. Berbuka di Seremban. Bersama ahli keluarga yang lain. Berbuka dengan lauk fav. Daging salai masak lemak. Hisap rokok sebatang sahaja pada pukul 2.55 a.m. Tidur 3.00 a.m.
Hari Kedua
Bangun 5.30 a.m. Balik KL dengan komuter untuk pergi ke Tuisyen pada pukul 7.00a.m. Menaiki komuter pada pukul 7.58 a.m. Sampai pada pukul 8.58 a.m. Sampai di tempat tuisyen pada pukul 9.10 a.m. Habis tuisyen pukul 1.00 p.m. Sampai di rumah pada pukul 2.00 p.m. Tidur selama 4 jam. Ngantuk kot. Selepas itu hidangkan lauk. Berbuka pada pukul 7.15 p.m. (perlu ke saya bercerita tentang lauk ang saya makan ? Tidak perlukan. Terima kasih.)
Pergi ke Surau untuk Sembahyang terawih. Balik ke rumah pada pukul 10.30 p.m. Tidur pada pukul 3.00 a.m.
Terima Kasih kerana Membaca.

Read more...