Gurindam
Wednesday, August 26, 2009
"Gurindam"
Biarkan dia ,
Pergi begitu sahaja ,
agar dia bahagia ,
tanpa aku di dunianya.
Bukan ini pilihan aku ,
bukan ini pilihan kamu ,
tak guna untuk memaksaku ,
kerana aku sudah tiada hati dengan mu.
Doakan aku tabah ,
doakan aku sabar ,
agar aku teguh menhadapinya ,
jika benar kau rakan setia.
Aku sudah hilang semuanya ,
tidak mahu mengejar semula ,
cita-cita dan rakan setia ,
bersatu sebagai tunjang utama.
Adakah aku sedih ,
adakah aku kecewa ,
dengan sikapnya ,
seperti kebudak-budakan sahaja.
Tak guna memakai kopiah ,
kalau selalu mengucap perkara lucah ,
tak guna berlagak alim ,
kalau otak selalu ke lain ,
Harapan mereka ingin memimpin negara ,
kawasan sendiri pun tidak terjaga ,
adakah ini perangai mereka ,
melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.
Gurindam ini dari hati ,
diluahkan dengan sendiri ,
gurindam ini bukan untuk mengkeji ,
agar dapat jadi pedoman diri.
Read more...

